Saturday, October 18, 2008
Baru ku tahu...
Dunno what to say...kenapa aku kerap tahu benda yang akan berlaku? Contohnye cam time aku nak pegi intern dulu...aku mimpi yang aku akan sampai satu tempat yang penoh ngan scaffolding jambatan...upa-upanye kat miri pemandangan tu sebijik aku nampak dalam mimpi...
banyak lagi benda yang aku dapat gambaran sebelum bende tu berlaku...mungkin kebetulan...mungkin jugak petunjuk... sebab to be honest, setiap keputusan yang aku buat memang aku mintak Allah beri ilham...sebab aku tau aku tak mampu melihat masa depan...
Wutever la... i still hv so many works to do...hope the works can erased the bad things...
Thursday, October 9, 2008
Aku akan terus berlari...
Monday, October 6, 2008
lalala :)
Monday, September 29, 2008
Wednesday, September 24, 2008
Aku dan sesuatu
Monday, September 22, 2008
Pupus
Saturday, August 23, 2008
BiLa IBU menasihati saya tentang CiNt@....
dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada
saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya
khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya
sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting
wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk
itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia
amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun
dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman
dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara
ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia
sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali
dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata
walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua
itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya
bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping
saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan
respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih
dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang
boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok
semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah
lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu
daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-
mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan
kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,
ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi
akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have Allah on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada
jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan
yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap
kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh
perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami
muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali
cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah
yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami
insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana
mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir
dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan
umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati
saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."
Sunday, July 20, 2008
Bermula final semester...Mari menyanyi bersama. ^^<
Setelah 4 tahun menunggu bila nak abes, akhirnya sampai juga ke semester terakhir.
Agak excited gak ar biler dalam keadaan penghujung ni...
Sebab aku sebenarnye xde memori sangat kat utp ni..
Ada sebenarnye tapi tak banyak yang best..
Rasanya hidup aku kat utp macam maen game je...huahua
Tapi biar je la kot...
We have to face sumthing different right.
Takkan la sume nak sedap je...
Kadang2 kene rasa masin sket..huhu.
Skrg dalam fikiran aku just camne nak setelkan fyp je..
Sengal la itu lecturer..
Tak pernah jumpa itu macam punya orang selama ni..haiyaa
Mampus la...malas mau layan daa..
Final semester...ermm...kene cuba sume aktiviti baru nih..
Hanya ada 5 bulan je lagi untuk bersuka ria.
hehe :)
Saturday, July 19, 2008
Menunggu...
Kadang2 kita menunggu sesuatu yang kita lakukan setiap hari...misalnye bas...ataupon maybe kita tunggu result untuk sesuatu kerja yang kita buat..
Tapi bila kita cakap pasal menunggu, berbaloikah kadang2 apa yang kita tunggu?
Biler kita tunggu sesuatu benda terlalu lama...haruskah kita amat berharap bende tu kita akan dapat?
Apa akan jadi kalo kita tak dapat bende tu...mesti sedih gak rasanye...
Dan sebab itulah menunggu ialah satu keadaan yang rasanye tak best gak ar..
Macam dalam cerita Ayat-Ayat Cinta...bagaimana maria menunggu fahri terlalu lama...tetapi akhirnye tak dapat jua... (walaupon dengan izin Allah dapat jua)
Biler cakap pasal tunggu ni...berbaloikah seseorang itu menunggu seseorang laen yang diharapkannya akan menjadi pendamping hidupnya nanti?
Berbaloikah perasaan jeles dan bimbang yang kita rasa semata-mata takot orang itu berubah hati?
Member aku pernah cakap...takyahla nak tunggu2 kot... buang masa je...umpama tunggu bas berjam2...baek naek teksi je...
Betul gak cakap member aku tu...tapi kene ingat...teksi kita kena bayar mahal...dan mungkin juga teksi tu rosak tengah jalan?
So papepon, bagi aku, buat solat isthiqarah dan tetapkan keputusan kita..
Mungkin juga menunggu bas yang lama untuk hadir lebih berbaloi daripada mengambil teksi sahaja?
Segalanya mungkin :)
Sunday, July 6, 2008
kl indie fest
the best concert i have gone to...compared ngan konsert2 laen this is the best kot.. good performance from a.c.a.b...they really cool biler perform...tak macam band2 muda laen yang nmpak agak kelam kabut la bagi aku..
it is the good thing...come to the bad thing is that..aku terkunci kat luar umah...salah kunci punye pasal...haha..last2 tido masjid je..haih..dah la bawah masjid tu bilik jenazah..cuak wooo... (-.-)
really looking forward kalo A.c.a.b ataupon meetunclehussain nak perform lagi..ajak aku oiyt kalo nak pegi..yezza
lagu dilayan masa nih - a.c.a.b - skinhead 4 life
Sunday, June 29, 2008
Dedicated to all guys :P
Standing alone on the stage,
I can hear applause greeting me....
The whisper inside me,
Will it be the same...
So many times i have failed,
How long i have waited,
I kept telling myself to hold on.
When i hear the applause,
I deeply understand,
Your heart is here with me.
When i hear the applause,
I deeply understand,
This song is for you and me.
^^<
Wednesday, June 25, 2008
Wutever
pelik gak kan statement tu...tapi tu lah kenyataannya...
ada orang yang mengharap agar dapat gaji besar time kerja nanti...tapi biler kerja plak jadi pekerja biasa je...
ada orang mengharap hidupnya sentiasa hepi....tapi dalam dirinya sentiasa rasa sedih...
ada orang yang nak bersama dengan jodohnya, tapi akhirnya tak jumpa2 dan akhirnya tak kawen walaupon umur dah tua...tu contoh je la ..tapi ada kebenarnya jugak...
so camne nak dapat apa yang kita harapkan? jangan mengharap apa2...just follow je flow...and believe me benda tu akan datang tanpa kita sangkakan...buat biasa je..macam tan sri mokhtar bukhari...dia cuma nak jadi peniaga beras biasa je...tapi disebabkan keikhlasan dia tolong orang susah dan tak fikir sangat pasal duit...akhirnya dia jadi billionaire macam skang..
so tak payah la berharap sangat kat sesuatu benda...ada rezeki memang akan dapat punye...stay cool je ok.. ciow
p/s - rasa tak best ini hari...wallaweyy
Sunday, June 22, 2008
Aku suka diving! (^^)
Dah seminggu aku dapat lesen diving ku…Actually really excited to dive again…siyes best diving ni…leh jalan2 bawah laut…tengok2 ikan yang kaler macam2 tuh..n also to gain ketenangan..sebab biler diving kita dalam keadaan sangat rileks…macam terapung sendiri sambil gerak sendiri…huhu.
Biler ingat balik time kat pulau Aur tuh, aku dapat sesuatu pengalaman kehidupan yang baru, of how life portrayed to certain of us…time tu la aku blaja camne pakai contact lens ni lagi bagus daripada pakai spek...the beginning of me wearing seluar pendek sebab nak pakai wetsuit lepas tu and also the life of a fisherman. Siyesly, baru ku tahu jerit parih seorang nelayan. Bukan senang nak duduk atas kapal lama2. Even aku tak tahan sebenarnye. Therefore, aku stat banyakkan makan ikan. Untuk support nelayan J
Da seminggu kot aku layan lagu sengal ni. Lagu daripada nitrus, tajuknya ‘resah’. Aku first time dengar time bulan Feb tahun ni. Tapi honestly aku cakap time tu lagu ni paling tak best aku dengar. Ntah apa2 rentaknya. Memula rileks pastu jadi cam aggresif. Nak buat lagu pon kasi la sama rentak. Aggresif saje ke ataupon rentak sentimental je..ni kasi campur. Tapi yang peliknye, lagu aku paling tak suke ni la tetiba jadi peveret aku time nih. Bole kata layan tiap2 ari tu…haha…pelik gak…betul la cakap orang2 tua..memula benci pastu sayang…haha :P
Macam panjang je…haha…papepon sume gamba time aku dive ada kat Friendster aku. Click je link ni www.friendster.com/coolster8
Macam biasa:
Lagu peveret : resah-nitrus
Buku peveret: dive book-all species of fishes.
Thursday, May 29, 2008
About me
- A family man. Biasa la anak sulung.
- Loyal & Perfectionist
- Sangat suka business
- Suka maen games
- Once dah duduk depan komputer...memang melekat..haha
- Suka sports especially swimming and badminton.
- Suka travelling...sape2 nak gi jalan2 sila ajak :D
*7 lagu buat masa sekarang
- Kamu : Nitrus
- Biarlah: Nidji
- Lagu untukmu : MUH
- Mawaddah : Suara hati
- Some korean and Jdo OST
- All hijjaz songs
- Sume lagu la senang citer..kasi je lagu apa..sume dengar :D
*7 perkara yang selalu saya sebut
- Oiyt
- takleh wat per dowh...
- GG !
- abeda...
- kroh kroh (zzz)
- sap kok lu
- jom
*7 perkara yang amat bernilai
- My FAMILY
- My bestfriends.
- My laptop.
- My Keychain
- My Car...huhu
- My wallet? :P
- My other half
Friday, May 23, 2008
The mystery of Keychain...
A red one, fish-shaped...hope that person will take care of it...Bukan senang lor aku nak kasi orang laen hadiah or souvenir or sumthing...orang2 tertentu jah...haha :)
Yep, berborak with that person after more than 3 years tak borak is really best...sebab banyak bende boleh di cakapkan....tapi masa tak mengizinkan kot..takpelah...next time bole lagi kot..(bole lagi kah? ko balik intern, aku dah grad..haha)
kinda excited these couple of days...walaupon ada 3 papers lagi menunggu..no worry...bak kata itek, just on paper je...haha
Papehal pon..gud luck have fun la sume...tak kire yang baru nak gi intern ataupon yang tengah berlambak lagi paper ke...it is just a flow of our life...kene lalui gak kan....huhu
ciow :D
Monday, May 19, 2008
What a nice song :)
Dedicated to myself kot...a bit jiwang but still i like the melody..
Avril is so cute in the video clip... ^^
Avril - When you're gone
I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie is made up on your side
When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now
[Chorus]
When you're gone
The pieces of my heart are missin' you
When you're gone
The face I came to know is missin' too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
I miss you
I've never felt this way before
Everything that I do reminds me of you
And the clothes you left, they lie on the floor
And they smell just like you, I love the things that you do
When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now
[Chorus]
We were made for each other
Out here forever
I know we were, yeah
All I ever wanted was for you to know
Everything I'd do, I'd give my heart and soul
I can hardly breathe I need to feel you here with me, yeah
When your gone
The pieces of my heart are missin' you
When your gone
The face I came to know is missin'too
When your gone
The words I need to hear will always get me through the day and make it ok
I miss you
Sunday, May 11, 2008
sumthing inside me
just thinking about what happens to me this couple of days...honestly speaking, aku taktau apa aku buat before this...rasa cam masa berlalu camtu je...adakah aku stress study? dunno la...adakah biler stress seseorang akan tiada perasaan? cam pelik je...i still wondering what is happening to me...
rasa skrg ni cam nak bawak je keter laju2...even sampai 250km/h...
rasa nak gi berjalan sorang2 dalam utp...sambil tengok bintang...
rasa cam nak menjerit sekuat hati...biarlah orang kata aku giler...
rasa nak pegi masjid...pastu tak tido semalaman kat situ...
argh...plz come back my missing pieces...
Sunday, April 27, 2008
Tentang Kita
Aku rasa aku dah suke lagu2 underground. Thankz to her, i listen to these lagu underground everyday kot. MeetUncleHussain, bittersweet, Couple, nitrus...etc. Who's her? i can just say she's my friend kot. aku tak rasa dia akan baca post aku ni...so to whoever she might be, thankz for inspiring my music life. ^^
BTW, still waiting for kAMi Episod 9...anyone have it?.. :)
current series di layan --> kAmI
Current songs --> MUH
Sunday, April 6, 2008
Niat @ Tujuan
cam tak best la plak pakai perkataan 'niat'(aku pon teringat pasal solat jek)...pekata kalo aku tuka jadi 'tujuan'...suitable gak kan perkataan nih..papepon, perkataan tak penting, asalkan meaningnye sama...huhu
Setiap perkara yang kita buat mesti ada tujuan. Dan tujuan yang kita buat ni sebenarnye mempengaruhi hasil yang kita nak dpat. Ada ke orang yang tujuannye nak gi ipoh bole terlajak pegi KL? mesti ar takpat kan. Tapi ada possibility kadang2 tujuan yang kita nak tak tercapai. Tu kita hanya bole merancang, dan tuhan menentukan.
Sama cam kat utp nih...kalo korang tujuan nak belajar tahap dewa nerd, mesti dean list gak korang. Apa taknye, siang malam study. orang maen sports pon korang study gak..orang tido korang study...(aku takpat bayangkan life camni)...fuuhhh...memang mencabar...
Dan kalo korang just datang utp nak maen dota...memang dewa la korang maen dota...tapi study lunyai sket la...huhu...
So biler sebut balik pasal tujuan nih...tujuan sebenar aku tulis blog nih sebagai my indicator of memory...aku suke tulis bende2 yang aku nampak dan rasa...bukan ada apa pon just i feel bliss biler aku luahkan...sebab aku suke biler di masa depan, pastu aku ingat balik memory2 lama...lagipon berapa lama la sangat manusia ni dapat hidup, paling lama pon 60 tahun....so memories colour our life actually. Sebab tu blog ni aku letak tajok lifeofazree...memang kene ngan tujuan aku...hihu...
Aku rasa cam nak tambah sumthing at the end of all posts after this...maybe my current song that i listen to ataupon my favourite book? aku stat ngan dua2 la kot...bukan apa, best gak nanti biler tengok balik lagu @ book yang kita pernah suke ^^
So kesimpulannye, setiap apa yang kita lakukan semuanye ada tujuan. Tapi fikirkanlah masa depan anda juga...kalo dari awal dah tujuan tak bagus, do you expect to have a better life in the future? think again :)
Currently listening to --> fullhouse OST (*sigh*, aku stat suke lagu nih time dinner aritu)
Currently reading --> Warren Buffet Way(one of 'My all time favorites book")
Current bende tak best happened--> aku blank time jadi topic master...deng~
Wednesday, April 2, 2008
Pilihan dalam kehidupan...
Ada orang yang pandai, kat sekolah dialah pelajar terbaek, tapi hidupnye pula biasa saje,takde apa yang boleh dibanggakan, kerana dia tak pandai dalam membuat keputusan dalam kehidupan. Pelik, tapi inilah realitinya hidup kita. Dan hendak membuat keputusan bukanlah perkara yang mudah. Kadang2 sampai bertahun tahun kita memikirkan pilihan yang hendak dibuat, tapi tak dapat2 jugak. Tak senang hati dibuatnya. Takot tersalah buat pilihan.
Post aku ni sebenarnye related gak ngan diri aku..too many decisions to be made. Dan sesetengah pilihan tu akan affect my future really serious..dan of course aku nak yang terbaek untuk diri sendiri(saper tanak kan). Tapi bile fikir2 balik, betapa lamanye certain choices aku tinggalkan..tak amek mana2...sebab takot salah buat pilihan...sense of perfectionist yang cukup tinggi..nak buat camne, memang camni cara ayah aku ajar...but i do hope someday, when i take the final decisions for certain choices, it will be the best..
baeklah, papepon...buatlah pilihan terbaek untuk diri anda. fikirkanlah baek dan buruk sebelum pilihan itu diambil..becoz there's no turning back once you take the decision...
lastly, senyumlah selalu...mungkin dengan senyuman buatkan hati senang dan pilihan lagi senang dibuat...mungkin juge ;)
Monday, March 17, 2008
Masa depan itu, masih adakah sinar?
Bila aku teringat balik keadaan kat malaysia ni sedih gak la aku. Business sume cina pegang. pastu orang melayu sendiri gadaikan kepentingan kepada orang bukan melayu. Alasannye nak kaya cepat, nak beli mercedes cepat2, tu je yang diorang nampak. Kalo bole nak cepat2 ada 20juta pastu rileks goyang kaki. Pastu tak kisah cara apapon asalkan cepat dapat duit. dah la kaya, pastu tanak tolong orang laen plak. sebab tu duit tu takkan kekal lama. cpat je akan abes.
Kenapa orang cina bole berjaya? sbb diorang pon takde jalan singkat. YTL corp tu, 50 tahun baru sampai tahap sekarang. Mana ada jalan singkat beb. Nak kaya cepat mencuri ataupon rasuah je la. Tapi kita sebagai islam tahulah kesannya camne nanti. takkan rasa tenang punye hidup. Aku tak kisah sngat pasal bende ni tapi aku sedih bila cina kuasai kepentingan melayu di tanah kita sendiri, tanah melayu. Bangsa laen dah kaya, tolong bangsa sendiri. Melayu dah kaya, most of them jatuhkan bangsa sendiri.
Pada aku kalo nak berjaya, kena stat daripada bawah. kena rasa apa perasaan jadi orang susah dulu. Hanya orang yang pernah susah akan sangat menghargai keadaan biler jadi kaya. Aku sendiri taktau camne masa depan aku. Walaupon ada plan tapi aku tau limit aku sebenarnye. lebey2 lagi aku student lagi skang. tktau dunia business camne. Dunia kerja takyah citer la, senang sebenarnye.
Bila fikir2 balik, kenapa tak ramai melayu macam ni. Kenapa dunia ni tak adil. Kenapa orang jahat lagi banyak lagi dari orang baek. pelik dunia ni. Taktau la berapa lama lagi dunia ni leh tahan. Umur dunia sudah hampir sampai penghujungnya.
Aku sebenarnye nak citer tentang apa yang aku nak buat nanti tapi segan nak citer sebab apa la sangat cita2 aku tuh kalo compare ngan orang2 yang dah berjaya. Rasa cam aku ni newbie di kalangan pakar2. Lagipon apa la yang ada pada aku ni. Orang tak pandang kot. Biarla, aku cuba jadi yang terbaek nanti. Aku akan cuba untuk naek semula setelah lama aku duk kat bawah ni. Pedih gak rasa time duduk kat bawah ni. banyak tul bende2 yang kita kena hadapi. Siyesli aku giveup pada awal2 tapi skang dah rasa okey sket. Selalu doa semoga Allah akan tolong aku untuk naek balik.
So, kawan2, fikir-fikirkanlah ye. Dunia ni tak lama, jadikanlah ini masa terbaek untuk berbakti. Bermulalah dari hari ni, sementara kita masih mampu berdiri. Wassalam.
P/s - sori paan pasal EMS ko. aku dapat email ayah aku pon last minit. mesti ko bahang tak ingat punye ngan aku..huhu
Saturday, March 15, 2008
Misteri hubungan antara manusia @ sixth sense
Tapi yang aku bole katakan, semua ni sebab relationship antara manusia. kenapa? sebab bole ke kita dapat merasa orang laen yang kita tak pernah pon kenal? tibe2 terasa sedih kerana seseorang yang kita tak tau(maybe juge dia jodoh kamu yg kamu blom jumpe, tu laen kes la..eheh). tapi papepon, sixth sense ni logik juge sebab kalo kita tengok2 balik, manusia sebenarnye cuma menggunakan 5% sahaja daripada otaknye. 5% tu pon tahap manusia paling genius kat dunia dah...so bayangkan kalo kita yang biasa2 je ni...cuba kalo kita guna 100% peratus keupayaan otak kita, tentu banyak bende kita boleh buat. even maybe bole tengok jin? mungkin juga sebab time tu otak kita mengarah mata melihat sesuatu secara sangat halus...atau mikro halus. logik gak kan teori ni?Papehal pon, at least bende ni tak diguna untuk jalan yang salah.
Rasanye korang sume pon ada yang pernah terjadi hal macam ni kan? sure ada punye lah. and aku pon termasuk yang pernah terjadi sendiri apa itu sixth sense...tapi nak citer sini agak segan gak ar..nanti orang kata jiwang. eheh.(nak tau pm aku ;p ). tapi bagi aku benda ni memang ada. dan setiap manusia ada, bukan untuk certain orang je. Bila fikir2 balik, betapa uniknya manusia ni sebenarnye dan aku suke bende ni ada. :)
So dah tau tak apakah peristiwa sixth sense korang pula? =)
Wednesday, March 12, 2008
Kesan daripada Pilihanraya 8 Mac
Sebelum aku komen apa2...congratz kepada pembangkang yang control 5 negeri skang...daripada control 1 negeri je(tu pon nyawa2 ikan majoriti) kepada 5 negeri yang pada asalnye sangat berpegang kuat pada kerajaan. Memang kempen korang sangat power...even aku sendiri pon kelabu mata pada asalnye. Video VKlinggam, chua soi lek, corruption...etc...memang jadi bahan penarik undi terbesar.
Tapi aku agak kesal biler DAP hapuskan DEB. Pada aku DEB banyak beri keistimewaan pada melayu. Scholarship, kontrak tender(yang melayu takkan dapat kalo takde DEB), even rizab tanah melayu pon skang ni dah takde. Lantak korang la melayu Penang. Bukan aku nak berpihak pada kerajaan, tapi pengalaman aku duduk kat singapore, pastu banyak relative dan cousin kat singapore, membuatkan aku takut apa yang berlaku kat melayu singapore akan berlaku kat melayu penang. Melayu singapore siyesli ditindas. Jawatan2 besar langsung tidak akan diberi kepada melayu...hanya layak menjawat jawatan2 kecil sahaja. Mereka mengatakan kerajaan sana mengamalkan dasar sama rata kepada semua kaum...tapi tu hanya cakap sahaja. Even melayu islam nak pakai tudung pon takleh...apa nak jadi...
Walaupon DAP penang mengatakan pemberian kontrak secara terbuka,tetapi sebenarnye kontraktor melayu takkan dapat apa2 kerana kontraktor melayu di penang hanyalah kelas F, takkan menang jika lawan ngan kontraktor cina kelas A. Begitulah isi tersiratnye. Isu menggunakan duit Petronas sepenuhnye untuk pembinaan jambatan kedua pulau pinang sepatutnye tidak wajar. Jika sepenuhnye menggunakan duit petronas, maka tol tidak ada dan aku jamin perkara ni diguna pakai DAP dalam kempen pilihanraya akan datang. sedangkan gerakan yang control penang dulu pon tak dapat pakai duit petronas...inikan pula DAP.
Walaupon aku agak kecewa ngan manifesto DAP, tetapi at least aku respect ngan ketua menteri selangor yang baru, Khalid Ibrahim. Pengalamannya sebagai CEO Guthrie aku rasa amat sesuai diaplikasikan untuk negeri selangor. Tetapi harapanku agar shah alam akan terus menjadi daerah tanpa disko lagi dan janganlah dibina temple kat shah alam. bole kata 90% melayu menetap di situ. Lagipon aku suke shah alam sebab tempatnye tenang, tiada disko dan banyak masjid. Harapnye keadaan begitu berkekalan.
Pada aku pilihanraya lepas membuka mata kerajaan supaya tidak ambil mudah lagi dengan pengundi masa kini. Tapi agak kesal gak la khairy menang kat Rembau. Kebanyakan kawan aku tak suka dgn khairi ni. Hanya dikatakan menumpang jawatan pak mertuanye untuk dapat project. Tapi aku gembira sebab nurul izzah menang. Bukan apa...dia comel :P
Dah stat melencong ke lain dah aku...akan ku kupas semula isu ini di lain waktu.. ciow
Saturday, March 8, 2008
Pengajaran daripada 20 tahun kehidupan: Hopes and Memories
erm..rasa tadi cam dah banyak tulis kat blog friendster..so kene fikir idea dlu apa nak tulis sini..huhu
okeyh...apabila cakap pasal kehidupan...akan ada 2 jenis bende yang biasa kita tahu; permulaan dan pengakhiran. permulaan tu maksudnye apabila kita lahir dan pengakhiran tu tentulah masa kematian. bermula dengan jadi bayi, pastu jadi budak2 sket(time tadika, sekolah rendah tuh), pastu besar sket masuk ke alam remaja...pastu jadi orang dewasa...pastu lastly jadi orang tua. tapi aku remaja lagi..so kebanyakan post aku nanti adalah berkaitan dunia remaja la kot..huehue
dalam kehidupan, time paling best mestilah time kecik2 dulu..makan, pakaian sume ibu bapa uruskan. tak perlu susah2 fikir pasal bende2 tu sume.. and satu lagi tak perlu pikir pasal kene study, esok nak test...etc...kecik lagi nak blaja apa la sangat. ABC kot..
masuk sekolah rendah, kita mula kenal apa itu kawan2..rakan2...yang sama kaum dan berlainan kaum..yang sama jantina dan lain jantina...yang tinggi dan yang rendah..eheh..memang rasa time ni agak pelik tapi layankan je...dulu aku masa first day sekolah rendah parent aku tinggalkan aku camtu je...takde cam bdak2 laen sampai parent kene tunggu depan kelas sepanjang hari...aku tak perlu kot sebab aku rasa time tu aku agak matured, lagipon aku anak sulong so memang terasa kematuredan aku..eheh...poyo
papepon, aku rasa sekolah satu bende yang best gak...sebab bole mixed ngan orang sekitar...duk umah je memang tak bgus sebenarnye..tapi papehal, darjah 3 aku stat berinteraksi ngan kawan berlainan jantina kot...bermula ngan accident tu...wakaka...bole jadi kawan baik plak...rasa cam nak gelak pon ada biler fikir2 balik...layankan je
pastu tetiba ada plak ujian PTS ntah apa tuh...aku yang taktau apa2 ambik je la ujian tuh...tetiba lepas...kene lompat drjah 5 terus...rasa cam best pon ada time tu sebab yang lepas ujian tu sangatla sket...5 orang kot...laki aku rasa 2 orang kot...agak lupe...tapi at least aku dah save setahun belajar...huhu
darjah 6 ada upsr...lepas tu masuk plak sekolah menengah...time ni rasa cam dah agak laen sebab dah masuk pelajaran menengah..pastu seluar sekolah pon dah warna laen...time ni aku ingat lagi masuk kelas bahasa arab...ada 2 kelas aliran arab...tapi last2 aku masuk kelas G...nasib baek gak la...sebab kebanyakan kawan baek aku daripada kelas ni...even sampai skang still my kawan baek..sebab kitorang sume ada chemistry kot antara satu sama laen..sama kepala maa...haha...dan time form 1 sampai form 3 ni la banyak gosip2 liar aku kene...haih...walaupon penat menjawab gosip tapi biler fikir balik bende camnila yang membuatkan kita terkenang balik masa lalu...membuat kita tersenyum di kala mengimbas kembali kenangan silam.. :)
lepas pmr(yang aku dapat B dalam agama tuh, malu giler), aku pegi la plak masuk mrsm sbb parent aku suh...mrsm kat trgn jek...kuala berang...tapi okey la...time masuk form 4 tuh aku ingat lagi betapa gemoknye aku...tak ingat dunia...haha...tapi last2 biler abes form 5 jadi tough la plak(ceh, bajet). :p
aku rasa time form 4 ngan form 5 tu zaman kegemilangan aku kot...wakil maktab almost every event...peringkat negeri, kebangsaan and sampai satu event international. tapi cuma satu je yang rasa tak best; aku kene study betol2 sebab banyak kawan parent aku jadi cikgu kat situ. so kalo aku tak perform memang bahye ar...so terpaksa la aku layankan je...time result spm aku dapat B dlam agama lagi...tensen tol..yang laen sume A...apa la nak jadi ngan aku...kata blaja kat mrsm aliran agama...tapi last2 B jugak dalam agama...ades
rasa cam panjang plak post aku nih...senang citer, begitulah masa silamku...takde la best cam korang yang kecik2 lagi dah pegi melancong kluar negara...duk luar negara skali...tapi bagi aku, walau apa pon memori orang laen...memori aku jugak aku rasa best...sebab dengan memori ni la aku develop myself a bit at a time..dan dengan memori la aku bina cita2 dan perancangan masa depan...nanti la aku citer sket pasal perancangan dan harapan masa depanku...menyampah plak korang nak baca panjang2 nih...haha
ciow