Asyik citer pasal kehidupan je...kali ni aku nak beri some review untuk pilihanraya yang lepas..which is for me kind of shock..
Sebelum aku komen apa2...congratz kepada pembangkang yang control 5 negeri skang...daripada control 1 negeri je(tu pon nyawa2 ikan majoriti) kepada 5 negeri yang pada asalnye sangat berpegang kuat pada kerajaan. Memang kempen korang sangat power...even aku sendiri pon kelabu mata pada asalnye. Video VKlinggam, chua soi lek, corruption...etc...memang jadi bahan penarik undi terbesar.
Tapi aku agak kesal biler DAP hapuskan DEB. Pada aku DEB banyak beri keistimewaan pada melayu. Scholarship, kontrak tender(yang melayu takkan dapat kalo takde DEB), even rizab tanah melayu pon skang ni dah takde. Lantak korang la melayu Penang. Bukan aku nak berpihak pada kerajaan, tapi pengalaman aku duduk kat singapore, pastu banyak relative dan cousin kat singapore, membuatkan aku takut apa yang berlaku kat melayu singapore akan berlaku kat melayu penang. Melayu singapore siyesli ditindas. Jawatan2 besar langsung tidak akan diberi kepada melayu...hanya layak menjawat jawatan2 kecil sahaja. Mereka mengatakan kerajaan sana mengamalkan dasar sama rata kepada semua kaum...tapi tu hanya cakap sahaja. Even melayu islam nak pakai tudung pon takleh...apa nak jadi...
Walaupon DAP penang mengatakan pemberian kontrak secara terbuka,tetapi sebenarnye kontraktor melayu takkan dapat apa2 kerana kontraktor melayu di penang hanyalah kelas F, takkan menang jika lawan ngan kontraktor cina kelas A. Begitulah isi tersiratnye. Isu menggunakan duit Petronas sepenuhnye untuk pembinaan jambatan kedua pulau pinang sepatutnye tidak wajar. Jika sepenuhnye menggunakan duit petronas, maka tol tidak ada dan aku jamin perkara ni diguna pakai DAP dalam kempen pilihanraya akan datang. sedangkan gerakan yang control penang dulu pon tak dapat pakai duit petronas...inikan pula DAP.
Walaupon aku agak kecewa ngan manifesto DAP, tetapi at least aku respect ngan ketua menteri selangor yang baru, Khalid Ibrahim. Pengalamannya sebagai CEO Guthrie aku rasa amat sesuai diaplikasikan untuk negeri selangor. Tetapi harapanku agar shah alam akan terus menjadi daerah tanpa disko lagi dan janganlah dibina temple kat shah alam. bole kata 90% melayu menetap di situ. Lagipon aku suke shah alam sebab tempatnye tenang, tiada disko dan banyak masjid. Harapnye keadaan begitu berkekalan.
Pada aku pilihanraya lepas membuka mata kerajaan supaya tidak ambil mudah lagi dengan pengundi masa kini. Tapi agak kesal gak la khairy menang kat Rembau. Kebanyakan kawan aku tak suka dgn khairi ni. Hanya dikatakan menumpang jawatan pak mertuanye untuk dapat project. Tapi aku gembira sebab nurul izzah menang. Bukan apa...dia comel :P
Dah stat melencong ke lain dah aku...akan ku kupas semula isu ini di lain waktu.. ciow
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
huhu..comelkan nurul izzah....aih²...
btw..welcome bro..to blogger's life...
Post a Comment