Saturday, August 23, 2008

BiLa IBU menasihati saya tentang CiNt@....

Walaupon title ni cam jiwang sket...tapi sile baca sebab isinya tak jiwang pon...a good reference for us  :)

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa
dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada
saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya
khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya
sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting
wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk
itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia
amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun
dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman
dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara
ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia
sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali
dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata
walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua
itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya
bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping
saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan
respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih
dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang
boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok
semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah
lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu
daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-
mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan
kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,
ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi
akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have Allah on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada
jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan
yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap
kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh
perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami
muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali
cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah
yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami
insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana
mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir
dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan
umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati
saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."

Sunday, July 20, 2008

Bermula final semester...Mari menyanyi bersama. ^^<

Bermula juge final semester kat utp ni.
Setelah 4 tahun menunggu bila nak abes, akhirnya sampai juga ke semester terakhir.
Agak excited gak ar biler dalam keadaan penghujung ni...
Sebab aku sebenarnye xde memori sangat kat utp ni..
Ada sebenarnye tapi tak banyak yang best..
Rasanya hidup aku kat utp macam maen game je...huahua
Tapi biar je la kot...
We have to face sumthing different right.
Takkan la sume nak sedap je...
Kadang2 kene rasa masin sket..huhu.

Skrg dalam fikiran aku just camne nak setelkan fyp je..
Sengal la itu lecturer..
Tak pernah jumpa itu macam punya orang selama ni..haiyaa
Mampus la...malas mau layan daa..

Final semester...ermm...kene cuba sume aktiviti baru nih..
Hanya ada 5 bulan je lagi untuk bersuka ria.
hehe :)

Saturday, July 19, 2008

Menunggu...

Dalam hidup kita..menunggu ialah satu kemestian..
Kadang2 kita menunggu sesuatu yang kita lakukan setiap hari...misalnye bas...ataupon maybe kita tunggu result untuk sesuatu kerja yang kita buat..
Tapi bila kita cakap pasal menunggu, berbaloikah kadang2 apa yang kita tunggu?
Biler kita tunggu sesuatu benda terlalu lama...haruskah kita amat berharap bende tu kita akan dapat?
Apa akan jadi kalo kita tak dapat bende tu...mesti sedih gak rasanye...
Dan sebab itulah menunggu ialah satu keadaan yang rasanye tak best gak ar..
Macam dalam cerita Ayat-Ayat Cinta...bagaimana maria menunggu fahri terlalu lama...tetapi akhirnye tak dapat jua... (walaupon dengan izin Allah dapat jua)

Biler cakap pasal tunggu ni...berbaloikah seseorang itu menunggu seseorang laen yang diharapkannya akan menjadi pendamping hidupnya nanti?
Berbaloikah perasaan jeles dan bimbang yang kita rasa semata-mata takot orang itu berubah hati?
Member aku pernah cakap...takyahla nak tunggu2 kot... buang masa je...umpama tunggu bas berjam2...baek naek teksi je...
Betul gak cakap member aku tu...tapi kene ingat...teksi kita kena bayar mahal...dan mungkin juga teksi tu rosak tengah jalan?

So papepon, bagi aku, buat solat isthiqarah dan tetapkan keputusan kita..
Mungkin juga menunggu bas yang lama untuk hadir lebih berbaloi daripada mengambil teksi sahaja?

Segalanya mungkin :)

Sunday, July 6, 2008

kl indie fest

hoho..
the best concert i have gone to...compared ngan konsert2 laen this is the best kot.. good performance from a.c.a.b...they really cool biler perform...tak macam band2 muda laen yang nmpak agak kelam kabut la bagi aku..

it is the good thing...come to the bad thing is that..aku terkunci kat luar umah...salah kunci punye pasal...haha..last2 tido masjid je..haih..dah la bawah masjid tu bilik jenazah..cuak wooo... (-.-)

really looking forward kalo A.c.a.b ataupon meetunclehussain nak perform lagi..ajak aku oiyt kalo nak pegi..yezza

lagu dilayan masa nih - a.c.a.b - skinhead 4 life

Sunday, June 29, 2008

Dedicated to all guys :P

Dulu time aku intern hosmet aku yang lom kawen suh aku kasi sket poems jiwang nak ngorat awek...ni aku kasi sket...special untuk korang ^^<

Standing alone on the stage,
I can hear applause greeting me....

The whisper inside me,
Will it be the same...

So many times i have failed,
How long i have waited,
I kept telling myself to hold on.

When i hear the applause,
I deeply understand,
Your heart is here with me.

When i hear the applause,
I deeply understand,
This song is for you and me.


^^<

Wednesday, June 25, 2008

Wutever

"hidup ni takkan sama macam apa yang kita harapkan"..

pelik gak kan statement tu...tapi tu lah kenyataannya...
ada orang yang mengharap agar dapat gaji besar time kerja nanti...tapi biler kerja plak jadi pekerja biasa je...
ada orang mengharap hidupnya sentiasa hepi....tapi dalam dirinya sentiasa rasa sedih...
ada orang yang nak bersama dengan jodohnya, tapi akhirnya tak jumpa2 dan akhirnya tak kawen walaupon umur dah tua...tu contoh je la ..tapi ada kebenarnya jugak...

so camne nak dapat apa yang kita harapkan? jangan mengharap apa2...just follow je flow...and believe me benda tu akan datang tanpa kita sangkakan...buat biasa je..macam tan sri mokhtar bukhari...dia cuma nak jadi peniaga beras biasa je...tapi disebabkan keikhlasan dia tolong orang susah dan tak fikir sangat pasal duit...akhirnya dia jadi billionaire macam skang..

so tak payah la berharap sangat kat sesuatu benda...ada rezeki memang akan dapat punye...stay cool je ok.. ciow

p/s - rasa tak best ini hari...wallaweyy

Sunday, June 22, 2008

Aku suka diving! (^^)

Dah seminggu aku dapat lesen diving ku…Actually really excited to dive again…siyes best diving ni…leh jalan2 bawah laut…tengok2 ikan yang kaler macam2 tuh..n also to gain ketenangan..sebab biler diving kita dalam keadaan sangat rileks…macam terapung sendiri sambil gerak sendiri…huhu.

Biler ingat balik time kat pulau Aur tuh, aku dapat sesuatu pengalaman kehidupan yang baru, of how life portrayed to certain of us…time tu la aku blaja camne pakai contact lens ni lagi bagus daripada pakai spek...the beginning of me wearing seluar pendek sebab nak pakai wetsuit lepas tu and also the life of a fisherman. Siyesly, baru ku tahu jerit parih seorang nelayan. Bukan senang nak duduk atas kapal lama2. Even aku tak tahan sebenarnye. Therefore, aku stat banyakkan makan ikan. Untuk support nelayan J

Da seminggu kot aku layan lagu sengal ni. Lagu daripada nitrus, tajuknya ‘resah’. Aku first time dengar time bulan Feb tahun ni. Tapi honestly aku cakap time tu lagu ni paling tak best aku dengar. Ntah apa2 rentaknya. Memula rileks pastu jadi cam aggresif. Nak buat lagu pon kasi la sama rentak. Aggresif saje ke ataupon rentak sentimental je..ni kasi campur. Tapi yang peliknye, lagu aku paling tak suke ni la tetiba jadi peveret aku time nih. Bole kata layan tiap2 ari tu…haha…pelik gak…betul la cakap orang2 tua..memula benci pastu sayang…haha :P

Macam panjang je…haha…papepon sume gamba time aku dive ada kat Friendster aku. Click je link ni www.friendster.com/coolster8

Macam biasa:
Lagu peveret : resah-nitrus
Buku peveret: dive book-all species of fishes.